Jho Low letak kroni di TIA – saksi

Jho Low letak kroni di TIA – saksi

KUALA LUMPUR,. Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, membawa masuk kroninya ke Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari ke-18 perbicaraan bekas perdana menteri itu yang membabitkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Jho Low meletakkan orangnya seperti Jasmine Loo (peguam 1MDB), Terence Geh (pengarah 1MDB) dan Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB).

Shahrol Azral: Saya tidak menyedari perkara ini berlaku.

Muhammad Shafee: Kamu tidak menyedari bahawa ia merupakan rancangan Jho Low untuk meletakkan orangnya ?

Shahrol Azral: Ya, sekarang ini agak jelas. Tetapi pada 2009, saya melihat beliau sebagai seorang wakil TIA yang ikhlas.

Pada awalnya, semasa kami mengumpul dana, beliau juga bercakap bagi pihak Najib (sebagai menteri kewangan ketika itu),” katanya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu memberitahu mahkamah bahawa beliau juga ingat bahawa tidak lama selepas beliau dilantik sebagai CEO, Jho Low dan Casey telah berunding dengan bank berhubung bon jaminan kerajaan untuk TIA.

TIA dinamakan sebagai 1MDB pada September 2009.

Najib, 66, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)