JPA sedang dalam tindakan terhadap laporan SPRM diabai agensi kerajaan

JPA sedang dalam tindakan terhadap laporan SPRM diabai agensi kerajaan

PUTRAJAYA,. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dalam proses tindakan terhadap lebih 500 laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku kakitangan agensi kerajaan tetapi tidak diendahkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Ada beberapa kes dalam proses siasatan oleh jawatankuasa khas di JPA untuk melihat laporan-laporan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki seperti yang dilaporkan pada 9 Mei lepas bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku kakitangan mereka walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.

Azam juga mendedahkan bahawa beberapa laporan itu bertarikh lebih sedekad lepas.

Mohd Zuki berkata apa yang dibangkitkan Azam adalah kes-kes yang akumulatif yang menyebabkan kes menjadi banyak.

Beliau juga berkata tindakan telah diambil terhadap beberapa laporan SPRM yang memerlukan tindakan tatatertib, manakala kes yang melibatkan isu salah laku jenayah rasuah akan diambil tindakan oleh SPRM.

–Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )