Jual Servis Haji Tidak Sah, Lelaki Yaman Dicekup di Makkah

Jual Servis Haji Tidak Sah, Lelaki Yaman Dicekup di Makkah

MAKKAH, 9 Mei 2025 – Seorang lelaki warga Yaman ditahan selepas didapati mengiklankan perkhidmatan haji palsu melalui media sosial, menawarkan tempat penginapan dan pengangkutan di Tanah Suci kepada bakal jemaah.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa suspek kini telah diserahkan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Tindakan ini selaras dengan usaha pihak berkuasa Arab Saudi membanteras penipuan berkaitan ibadah haji yang boleh menjejaskan keselamatan dan kebajikan jemaah.

Orang ramai diingatkan supaya berurusan hanya melalui saluran rasmi dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan menerusi talian kecemasan 911 (untuk kawasan utama) atau 999 (untuk wilayah lain).

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )