Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022

Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022

KUALA LUMPUR,. Honda Malaysia mencatatkan jualan lebih daripada 80,200 unit kereta pada 2022, melonjak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, jualan tersebut mengatasi sasaran awal sebanyak 80,000 unit dan membolehkan Honda mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta nombor 1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional bagi sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.

Menurutnya, City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.

“2022 merupakan tahun mencabar dengan kekurangan cip global dan bencana banjir yang menjejaskan pengeluaran kereta kami.

“Kami bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar bagi memastikan penyerahan kereta yang tepat pada masa kepada pelanggan, terutamanya mereka yang menempah kereta semasa tempoh pengecualian cukai jualan,” kata pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya Hironobu Yoshimura dalam kenyataan tersebut.

Honda Malaysia berkata dari segi jualan serantau, wilayah tengah merupakan penyumbang tertinggi sebanyak 51 peratus, diikuti wilayah selatan dan utara masing-masing pada 19 peratus dan 17 peratus.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)