Jumlah kes COVID-19 dunia melebihi 52 juta – Johns Hopkins University

MOSCOW,. Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 52 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.

Jumlah sebenar kes COVID-19 berjumlah 52,041,441 pada 01:50 GMT hari Khamis. Lebih daripada 1.28 juta orang telah meninggal dunia kerana penyakit ini, kata universiti itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Sebahagian besar kes setakat ini telah direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )