Kadar jangka pendek diunjur stabil susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjur stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar-kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangkakan sebanyak RM35.81 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM24.14 bilion.

Bank pusat itu akan akan menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM2 bilion selama tujuh hari, RM1 bilion selama 14 hari dan 21 hari manakala tender Qard lelongan julat tempoh kematangan Islam bernilai RM4.1 bilion selama tujuh hari sehingga 31 hari.

Ia akan turut menawarkan tender repo berbalik RM1 bilion selama 31 hari.

BNM mengumumkan urus niaga Perjanjian Repo Berbalik, Jual dan Beli Semula (SBBA) serta kemudahan urus niaga Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) yang tersedia bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.8 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM20.0 bilion.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )