Kapal kontena Maersk dua kali diserang lanun di Teluk Guinea

Kapal kontena Maersk dua kali diserang lanun di Teluk Guinea

MOSCOW, 14 Jan — Kapal kontena Maersk Cardiff diserang lanun di Teluk Guinea sebanyak dua kali, memetik portal Buletin Maritim pada Khamis, lapor Agensi Berita Sputnik.

Serangan pertama dilaporkan berlaku di barat daya dekat bandar Pelabuhan Harcourt, Nigeria 8 malam Rabu. Empat jam kemudian lanun melancarkan serangan kedua.

Pada 2.30 pagi Khamis, kapal itu diiringi sebuah kapal keselamatan lain belayar berhampiran kawasan serangan, kata portal itu.

Menurut biro itu, 195 kejadian serangan lanun dan rompakan bersenjata dilaporkan di seluruh dunia pada 2020, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan ini disebabkan lonjakan kes serangan di Teluk Guinea.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)