Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan

Kaunter TNB alami tekanan selepas Khazanah kurangkan pegangan

KUALA LUMPUR,. Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalami tekanan hari ini selepas dana negara, Khazanah Nasional Bhd mengurangkan pegangannya dalam syarikat utiliti itu minggu lalu.

Sejak dagangan bersambung pagi ini saham tersebut mencatatkan penurunan susulan penjualan pada Jumaat lalu setelah Khazanah menjual 1.3 peratus pegangannya.

Setakat jam 10.31 pagi, harga saham TNB susut lapan sen kepada RM12.08 dengan 2.92 juta saham bertukar tangan.

Langkah Khazanah mengurangkan pegangan dalam TNB itu bukan kali pertama memandangkan ia juga berbuat sedemikian pada April tahun lalu.

Bagaimanapun, Khazanah masih kekal sebagai pemegang saham terbesar TNB.

Menurut data ekuiti Bloomberg, sejak enam bulan lepas harga saham syarikat utiliti itu berkurangan RM1.92 seunit iaitu daripada RM14.00 kepada RM12.08 hari ini dengan kedudukan permodalan pasaran bernilai RM69.15 bilion. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)