Kebakaran kecil di ruang tangga bangunan PWTC

Kebakaran kecil di ruang tangga bangunan PWTC

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Satu kebakaran kecil berlaku di ruang bawah tangga tingkat satu bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata pihaknya telah mengerahkan jentera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 1.36 petang tadi.

“(Anggota) Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa serta BBP Hang Tuah telah bergegas ke sana dan mendapati asap tebal keluar dari bangunan itu.

“Kebakaran hanya melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat satu dengan keluasan kebakaran dianggarkan 10×10 kaki persegi serta terbakar 10 peratus,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya kebakaran itu bagaimanapun dapat dikawal beberapa minit kemudian dan api berjaya dipadamkan pada 1.59 petang. “Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )