Kebakaran terus merebak, cemar udara, halang pesawat mendarat

Kebakaran terus merebak, cemar udara, halang pesawat mendarat

LOS ANGELES,. Asap tebal menutupi sebahagian besar tengah dan utara California pada Jumaat mengakibatkan ramai penduduknya terpaksa melarikan diri.

Kebakaran itu antara yang terbesar dalam sejarah California, semakin tidak terkawal sepanjang tempoh seminggu ini.

Kebakaran akibat ribut petir sudah membakar kawasan seluas kira-kira 89,000 hektar hingga memaksa puluhan ribu penduduk dipindahkan.

Sehingga tengah hari, kebakaran yang bermula pada Isnin lalu hanya tujuh terkawal.

Kebakaran di kompleks itu digambarkan sebagai yang kesembilan terbesar dalam sejarah negeri, memusnahkan kilang wain di wilayah Napa dan Sonoma yang mengalami kebakaran sama sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai bomba berkata, setakat ini lima kematian dikaitkan dengan kebakaran itu di mana sejak beberapa hari lalu terdapat lebih 12,000 panahan petir.

Empat mayat dijumpai pada Khamis, termasuk tiga dari sebuah rumah yang terbakar di kawasan luar bandar di Napa County.

Petir itu mengakibatkan 500 kebakaran sejak minggu lalu dengan 20 daripadanya dikategorikan kebakaran besar.

Seramai 119,000 penduduk dipindahkan, dengan ramai lagi masih mencari tempat berlindung susulan kebimbangan untuk pergi ke pusat pemindahan disediakan pihak berkuasa kerana ancaman COVID-19.

Sebilangan mereka di San Mateo dan Santa Cruz yang terletak di selatan San Francisco terpaksa tidur di tempat letak kereta atau berada di Pantai Pasifik ketika menyelamatkan diri daripada kebakaran terbabit. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )