KEDAH AEROTROPOLIS: ENAM SYARIKAT ANTARABANGSA MENANDATANGANI MOU

KEDAH AEROTROPOLIS: ENAM SYARIKAT ANTARABANGSA MENANDATANGANI MOU

LANGKAWI- Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kedah Aerotropolis dengan enam buah syarikat antarabangsa diadakan di tapak pameran Kedah Aerotropolis di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) semalam.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata satu MoU telah ditandatangani di Hunan, China di lapangan terbang Zhengzhou beberapa hari yang lalu.

“Bandar Hunan dibangunkan berasaskan lapangan terbang, zon ekonomi yang sangat besar di wilayah tersebut,” ujar Sanusi.

Tambah beliau, bandar Hunan membangun kerana adanya Aerotropolis atau lapangan terbang yang memfokuskan kepada Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dan kargo.

Menurut Menteri Besar, mereka telah bersetuju mengadakan usaha sama dan membuka cawangan di Kedah Aerotropolis.

Jelas Muhammad Sanusi, tidak ada apa lagi halangan yang boleh merencatkan rancangan besar Kedah Darul Aman untuk memiliki Kedah Aerotropolis.

Katanya, Kedah Aerotropolis sedang mendahului semua konsep baru ekonomi.

“Kedah Aerotropolis akan menjadi ‘game changer’ untuk Kedah sebagai pemangkin pembangunan ‘The Greater Kedah’,” tegas beliau.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)