Kedutaan Malaysia di Thailand anjur majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-62

Kedutaan Malaysia di Thailand anjur majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-62

BANGKOK,. Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand hari ini menganjurkan majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-86 malam ini.

Kira-kira 600 tetamu termasuk duta besar menghadir majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-62 bertemakan “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Majlis itu juga untuk memberi penghormatan kepada wira-wira negara yang berani menghadapi risiko dei mempertahankan negara.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan isteri, Datin Catherina Christine Cherian menyambut ketibaan tetamu.

Turut hadir Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Anggota Privy Council Thailand, Chirayu Isarangkun Na Ayuthaya, Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai dan Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia Brigadier Jeneral Baharuddin Ahmad.

Di samping itu, Kumpulan Budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang didatangkan dari Kuala Lumpur mengadakan persembahan khas bersama Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Thai sempena majlis hari ini.

Dalam ucapannya, Jojie berkata ketika Malaysia meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-62, ia juga menandakan ulang tahun ke-62 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Thailand.

“Apabila mencapai kemerdekaan pada 1957, Thailand adalah salah satu daripada tujuh negara yang Malaysia menubuhkan perwakilan diplomatik memandangkan kepentingan strategik Malaysia pada masa itu.

“Atas semangat kerjasama ASEAN, Malaysia dan Thailand terus menjadi jiran dan rakan strategik dalam bidang politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.

“Selama bertahun-tahun, kedua-dua negara menyaksikan kekerapan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan berkongsi kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

Pada masa ini, Thailand adalah rakan perdagangan Malaysia yang kelima terbesar sementara dalam ASEAN, Thailand merupakan rakan perdagangan Malaysia yang kedua terbesar selepas Singapura.

Dalam ucapannya,Jojie menarik perhatian mengenai hubungan persahabatan dan persaudaraan yang istimewa, mesra antara kedua-dua negara.

“Malaysia mengalu-alukan untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan Thailand yang baru dipilih dengan penekanan berterusan ke arah usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala yang rapat dan memastikan hubungan ekonomi yang kukuh dengan Thailand, katanya.

“Kami sangat berharap bahawa Malaysia dan Thailand akan mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi yang rancak dan pertukaran rakyat dengan rakyat secara aktif dengan integrasi berterusan dalam Komuniti ASEAN, terutama peranan Thailand sebagai Pengerusi ASEAN untuk 2019,” katanya.

— BERNAMA

Oleh Linda Khoo Hui Li

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )