Kejadian Tanah Jerlus Masjid India Seorang Wanita Tertimbus – BOMBA

Kejadian Tanah Jerlus Masjid India Seorang Wanita Tertimbus – BOMBA

KUALA LUMPUR,. Masjid India sekitar jam 8.am terjadinya tanah jerlus dihadapan Wisma Yakin Masjid India, seorang Wanita dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah mendap hadapan Masjid India Bomba sahkan kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India itu , kerja-kerja menyelamat mangsa terperangkap sedang dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang melakukan operasi di lokasi kejadian.


Difahamkan, lantai batu secara tiba-tiba jatuh sedalam enam meter atau lapan meter dan seorang wanita warga India telah terperangkap dalam kejadian tanah jerlus ini.

“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar dari masa ke semasa setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kedalam tanah jerlus tersebut dalam kejadian tersebut semua gerakan sedang dijalankan bagi kerja menyelamat.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )