Kejohanan Sukan Udara Pada Sambutan Hari Sukan Negara Malaysia 2024

Kejohanan Sukan Udara Pada Sambutan Hari Sukan Negara Malaysia 2024

SERDANG,. Orang ramai dijemput hadir pada ke Kejohanan sukan Udara Malasia 2024 yang akan diadakan di Maeps Serdang Bagi merasai sendiri pengalaman dengan berbagai acara sukan udara yang berada pada hari tersebut.

Kejohanan Sukan Udara Malaysia 2024 sebuah acara julung kali dianjurkan oleh PERSEKUTUAN SUKAN UDARA MALAYSIA (MSAF) dengan kerjasama KEMENTERIAN BELIA & SUKAN sempena Sambutan Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10-13 Okt 2024 di Maeps Serdang.
.
Acara Yang julung kalinya diadakan ini Untuk orang ramai melihat sendiri acara-acara menarik yang dipertandingkan seperti Paramotor, Paragliding, Delta Wing Micro Light, Helicopter, Payung Terjun, Drone Racing, Remote Control, Hot Air Balloon dan banyak lagi.

Juga akan diadakan nanti sudah Pastinya ASEAN FOOD FESTIVAL (AFF) juga akan diadakan dengan membariskan variasi makanan popular MALAYSIA & THAILAND bagi memeriahkan acara ini, disamping beberapa pocket event lain seperti pertunjukan orang Api, pemeran haiwan exotik, persembahan artis dan berbagai lagi persembahan untuk pengujung akan menanti anda pada hari tersebut nanti.
.
Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman menaiki pesawat Micro Light, Hot Air Balloon, helicopter serta pameran2 Udara yg lain.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )