Kelantan Laksana Sistem e-Tanah 2028, Tegas Perkemas Struktur Tadbir Urus

Kelantan Laksana Sistem e-Tanah 2028, Tegas Perkemas Struktur Tadbir Urus

KOTA BHARU, 23 April – Pentadbiran tanah di Kelantan bakal memasuki fasa baharu apabila kerajaan negeri merancang pelaksanaan sistem e-Tanah menjelang 2028, yang dijangka meningkatkan kecekapan pentadbiran dan ketelusan dalam pengurusan kes berkaitan tanah.

Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kelantan berkata, usaha tersebut disokong oleh beberapa enakmen baharu yang telah diluluskan seperti Enakmen Hak Akses Tanah Utiliti 2022 dan Enakmen Pertanian.

“Dengan sistem e-Tanah, kita dapat laksanakan penguatkuasaan dengan lebih tersusun, malah sebarang notis yang dikeluarkan dapat dijejaki tanpa risiko luput atau tertangguh,” jelasnya dalam sidang DUN hari ini.

Langkah sokongan termasuk penempatan pegawai berkepakaran seperti juruukur dan pegawai geologi ke jabatan tanah serta latihan berkala melalui kerjasama institusi pengajian tinggi telah mula digerakkan.

Kerajaan Kelantan, katanya, sentiasa komited dalam menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan tanah selaras dengan keperluan pembangunan negeri.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )