Kemakmuran Dan Kesihatan menjadi keutamaan – Pandak Ahmad

Kemakmuran Dan Kesihatan menjadi keutamaan – Pandak Ahmad

JOHOR BAHRU, 1 Mac – Pendapatan boleh guna penduduk dan pusat kesihatan merupakan perkara utama yang mahu diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar Haji Pandak Ahmad pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Haji Pandak Ahmad yang juga Penyelaras (DUN) Kota Iskandar berkata masalah peluang perniagaan dan pusat kesihatan perlu diselesaikan segera supaya penduduk mendapatkan Rawatan kesihatan yang terbaik sekali gus dapat meningkatkan ekonomi setempat.

DUN Kota Iskandar merupakan satu daripada dua kawasan DUN dalam Parlimen Iskandar Puteri.

“Kawasan pantai dari sungai melayu hingga tanjong kempas yang rata rata penduduk setempat mencari rezeki di sepanjang sungai menghadapi kesukaran untuk memasarkan hasil mereka secara terus kepada penduduk kerana tidak mempunyai HUB perniagaan terutama di Tanjung Kupang untuk menjual hasil Laut berbanding di sungai melayu yang mempunyai produk Eco pelancungan” Beliau berhasrat untuk mendirikan Hub Perniagaan bagi memudahkan penduduk menjual hasil mereka katanya dalam temubual eksklusif bersama Watan News dan Dr azam Rauzan.

Beliau berkata DUN Kota Iskandar mempunyai 116,415 ribu pengundi.dan terbahagi kepada Kawasan Bandar , Luar Bandar dan juga Kawasan Pinggiran Bandar.

“Pekan Gelang mempunyai Kelinik kesihatan kecik yang tak dapat menampung permintaan penjagaan kesihatan terutama golongan B40. Manakala pusat kesihatan swasta di Pulai Perdana dan sekitar tak mampu bagi golongan B40. Oleh itu Beliau akan mencadangkan naik taraf pusat kesihatan yang sedia ada bersesuaian dengan perjuangan beliau “Kemakmuran Dan Kesihatan”

Haji Pandak Ahmad, berdepan saingan Lima penjuru dengan calon Perikatan Nasional Samsudin Bin Ismail, Sr.Haji Dzulkefly Bin Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) merupakan penyandang kerusi tersebut yang telah memenangi dengan Majoriti sebanyak 14,543 Undi manakala Dr.Haji Zaini Bin Haji Abu Bakar (Pejuang), dan ARA calon dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Haji Pandak Ahmad merupakan Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor telah lama menabur bakti di Kawasan Dun Kota Iskandar dan amat di kenali oleh penduduk tempatan yang mengenali beliau dengan panggilan Pak Ndak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 12 Mac ini manakala undi awal pada 8 Mac.

— Gerbangpost

CATEGORIES
Share This