
Kemasukan Pogba terus bawa tuah
MILAN: Paul Pogba kembali dalam padang daripada kecederaan dan menghadiahkan gol kemenangan buat Manchester United ketika mengalahkan AC Milan 1-0 dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 2-1.
Pogba telah berehat lebih daripada lima minggu akibat kecederaan yang melumpuhkan. Namun pemain 28 tahun itu terus menjaringkan gol empat minit selepas keluar dari bangku simpanan pada separuh masa kedua dalam perlawanan kedua pusingan 16 akhir di San Siro.
Jurulatih Ole Gunnar Solskjaer menyambut kepulangan Pogba sebagai “sokongan besar buat kami”.
“Anak didik saya bermain dengan baik tanpa Paul namun kami tahu kualitinya. Paul telah berusaha dengan gigih, tetapi seperti yang kita lihat beliau tidak dapat bermain melebihi 45 minit.
“Kami harus mengulas tentang beberapa perkara dalam separuh masa kedua yang mana saya rasa kami jauh lebih mantap.
“Kami mahu mara sejauh mungkin, ia amat perit untuk kalah dalam separa akhir (tahun lalu).”
Zlatan Ibrahimovic juga kembali daripada kecederaan paha untuk Milan, pemain itu masuk padang selepas sejam perlawanan namun berpendapat beliau mungkin tidak dapat mencari jalan untuk mengatasi pasukan lamanya.
“Penyingkiran ini ialah sangat mengecewakan,” kata jurulatih Stefano Pioli.
“Kami bermain seperti kumpulan mantap namun kami patut menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.
“Manchester ialah skuad yang sangat handal yang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara tahun lepas, dan berjaya menundukkan Manchester City 10 hari lalu.
“Sukar untuk kami bangkit terus serta-merta dalam liga ini.”
Dalam permainan babak pertama di Old Trafford, Milan berkelebihan dengan gol tempat lawan dalam masa kecederaan Simonn Kjaer.
Solskjaer mengikat kedudukan seri dalam permainan sebelum ini.
Anthony Martial dan Edinson Cavani masih tidak dapat bermain kerana kecederaan namun Marcus Rashford kembali semasa permulaan dengan Pogba dan Donny van de Beek kembali di bangku simpanan. united memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah pada awalnya, namun pasukan ‘Rossoneri’ bertambah rancak selepas separuh masa.
Samu Castillejo melorong bola kepada Franck Kessie pada minit ke 25, namun berjaya dipintas Victor Lindelof untuk menyelamatkan pasukan United dari bahaya. Kessie handal di tengah padang, beliau mengumpan bola kepada Alexis Saelemaekers namun cubaan mereka ditepis oleh Dean Henderson.
Rade Krunic juga gagal dalam cubaan untuk memecah kebuntuan kumpulannya sebelum masa rehat apabila sepakannya tersasar. Pogba dikeluarkan dari bangku mengganti Rashford selepas rehat dan terus memberi impak dalam perlawanan.
Bekas pemain Juventus itu merembat masuk sudut atas gol dari jarak dekat dan meraikannya di hadapan pintu gol Milan. Mason Greenwood juga selepas itu cuba mencari mata dari jauh tetapi Gianluigi Donnarumma berjaya menyelamatkan cubaannya.
Ibrahimovic tampil pada minit ke-65 menggantikan Castillejo bersama pemain pinjaman Manchester United, Diogo Dalot. Pemain kelahiran Sweden itu hampir menyamakan mata tujuh minit kemudian dengan menanduk bola lorongan Hakan Calhanoglu melepasi atas Luke Shaw namun Henderson dengan cemerlang menepis bola itu keluar gol.
“Saya pasti tandukan saya masuk tetapi sebaliknya,” kata Ibrahimovic.
“Semua orang tahu betapa kuatnya Pogba, itu bukanlah satu rahsia. Beliau bukan kuat, namun sangat kuat.”
— AFP