Kembara  Lima Dekad Blues Gang Apo Nak Di Kato

Kembara Lima Dekad Blues Gang Apo Nak Di Kato

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2024 – Selepas 50 tahun, Blues Gang akhirnya muncul solo dalam persembahan berskala besar pada malam eksklusif konsert Blues Gang Apo Nak Dikato yang dijadual berlangsung pada 9 Ogos nanti.

memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka sehinga ke hari ini dan tetap dengan muzik mereka band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat itu memilih pentas
berprestij Zepp Kuala Lumpur, bagi melakar momen bersejarah pada malam anjuran AV
Group itu.

Penyanyinya, Blues Gang Ito Mohd berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad
Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo
Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu.


Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato adalah yang pertama “Secara solo, diadakan di pentas sebesar ini, selepas 50 tahun, Blues gang juga pernah mengadakan konsert besar Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2. Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity.

“Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap (rare),selepas 14 album kami. Saya
sendiri, secara solo pun memiliki 20 album. Justeru ini, cara terbaik untuk meraikan kembara
lima dekad Blues Gang, buat peminat dan penggemar irama blues.

“Kenapa Blues Gang Apo Nak Dikato sebagai judul konsert istimewa ini? Ini tidak lain sebagai
tribute karya dalam loghat Negeri Sembilan ‘paling power’ kami sepanjang 40 tahun ini,”
katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan AV Group,
Zool Azri Abu Bakar dan Shamsul Effendi Mahammad sebagai rakan kongsi penganjuran
konsert ini.

Anggota Blues Gang yang masih kekal hingga sekarang ialah Julian Mokhtar sebagai
pemain gitar utama dan Ghani Dato Abu Talib (gitar kedua/keyboard) serta Ito atau nama
sebenarnya, Mohd Arif Kendut. Pemain bass dan vokal, Jim Madasamy telah meninggal
dunia pada 2018 sebelum Shaik Karim (dram/vokal) menyusul Julai tahun lalu.

 

Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato juga menyaksikan Belbis mengendalikan Produksi dan
Penerbit konsert, manakala Mewah Event Management (MEM) dan Ito Cottage Muzik
sebagai rakan strategik, selain Ilassotickets bagi pengurusan tiket. Konsert ini juga mendapat
sokongan Penajaan daripada PBH Music & BLW sebagai rakan teknikal.

Sebagai penghargaan dan terima kasih Blues Gang kepada peminat yang membeli tiket
konsert ini, penganjur telah berbesar hati akan menghadiahkan beberapa hadiah cabutan
bertuah berupa gitar eletrik, keyboard, serta banyak cenderahati menarik yang lain kepada
pembeli tiket bertuah.

PBH Muzik dan BLW Gitar sekali lagi bermurah hati terus menyokong
industri muzik Malaysia dengan menaja kesemua hadiah ini nanti. Pengumuman pemenang
bertuah akan dibuat pada hari konsert dan akan disampaikan oleh kumpulan Blues Gang
sendiri.

Menurut penyanyi Blues Gang, Ito Mohd, konsert pada Ogos itu juga bagi memperbetulkan
prasangka bahawa Blues Gang hanya tinggal nama.

“Blues Gang tidak pernah bubar walaupun kehilangan beberapa ahli yang diakui
meninggalkan kesan mendalam buat kami. Konsert ini juga bagi menghidupkan kembali
kenangan bersama, selain bertepatan dengan kelahiran single, Bincang Adik Beradik yang
akan dilancarkan nanti,” katanya, sebagai menyusul single Panglima Awang Hitam yang telah
diterbitkan sebelum ini.

Juga dikenali dengan lagu seperti Khatulistiwa, Oh! Mama Saya Mahu Kahwin, Cinta Oh
Cinta dan Mak Siti, band yang diperkenalkan pada 1979 itu menerusi album Inggeris,
Anytime, Anyday, dijangka memperdengarkan semua hits mereka dalam konsert selama
hampir dua jam itu. Tentunya lagu siulan ramai seperti Ibu dan lagu ikonik Apo Nak Di Kato
akan dipersembahkan selain lagu Inggeris daripada album terdahulu berjudul Malaya Blues
yang bakal mengembalikan bernostalgia dan berdendang bersama kumpulan blues lagenda
tanah air ini nanti.

“Selain daripada menonton serta bernostalgia dengan konsert ini nanti, sebahagian daripada
hasil jualan tiket konsert akan disumbangkan kepada tabung bantuan Palestine yang amat
memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua,” tambah Shamsul Effendi lagi.

Tiket berharga RM198 (Silver), RM268 (Gold), RM398 (Platinum) dan RM338 (Diamond),
selain RM5,099 (Royal Box – ruang eklusif boleh memuatkan 8-10 pax) yang boleh didapati
dengan melayari laman web tiket online http://ilassotickets.com atau hubungi hotline +60
11-1329 7822.

Untuk urusan media, sila hubungi: Aida Hussin (0122166873)

–Rahman

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )