Kementerian Pendidikan Reformasi Pendidikan Dengan Pelbagai Inisiatif
PUTRAJAYA,. (KPM) kementerian pendidikan Malaysia sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting untuk mereformasi sistem pendidikan negara, termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pelajar.
Ia berkata kelas prasekolah akan diperluaskan ke semua institusi pendidikan di bawah bidang kuasanya bagi memastikan isu keciciran pelajar dapat ditangani dari peringkat awal.
Menurut KPM, tumpuan juga diberikan kepada pembangunan profesional guru dengan pelbagai program yang ditawarkan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme mereka dalam perkhidmatan.
“Baru-baru ini, KPM memperkenalkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) untuk memenuhi keperluan kompetensi digital guru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian itu juga berkata telah mengambil maklum laporan Bank Dunia bertajuk ‘Membengkok Rebung: Memperkukuh Kemahiran Asas’ berhubung sistem pendidikan negara.
Isu utama yang diketengahkan dalam laporan Bank Dunia, seperti kualiti dan akses kepada pendidikan prasekolah, kecekapan pelajar dan pembangunan profesional guru, sememangnya berada di bawah perhatian kementerian, katanya.
–Agensedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting untuk mereformasi sistem pendidikan negara, termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pelajar.

–Agensi