
Kenaikan Elaun ‘On Call’ Doktor Dibincang Jumaat Ini – Dr Dzulkefly
21 Januari 2025, / PUTRAJAYA: Isu kenaikan elaun ‘on call’ untuk doktor dijangka diputuskan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memberi jaminan bahawa keputusan muktamad akan dibuat dalam mesyuarat tersebut.
“Kita doakan keputusan ini membawa berita baik,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meluahkan kekecewaan terhadap kelewatan pelaksanaan kenaikan elaun yang diumumkan dua kali sebelum ini, termasuk dalam Belanjawan 2025.
Doktor masih menunggu butiran pelaksanaan kenaikan elaun yang diharapkan dapat meringankan beban mereka.