Kenyataan ‘sekolah di Selangor ditutup Isnin dan Selasa’ palsu – MB

Kenyataan ‘sekolah di Selangor ditutup Isnin dan Selasa’ palsu – MB

SHAH ALAM,. Pejabat Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa kenyataan media yang tular sejak petang Ahad berhubung penutupan sekolah awam dan swasta di negeri itu pada Isnin dan Selasa, adalah palsu.

Menurut kenyataan dari pejabat itu, setakat ini hanya 57 buah sekolah di Kuala Langat dan Klang yang diarahkan ditutup Isnin.

“Kenyataan media (penutupan sekolah) tersebut palsu. Yang benar hanya 57 buah sekolah yang terlibat, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media KPM (Kementerian Pendidikan),” kata kenyataan itu di sini, malam tadi.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang akan ditutup Isnin.

Arahan penutupan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Johan Setia melebihi 200, setakat pukul 2 petang Ahad.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)