Kepa; rebut tempat kembali setelah disisihkan

Kepa; rebut tempat kembali setelah disisihkan

LONDON,. Kepa Arrizabalaga membuat pusingan U dan bersedia bertarung bagi mendapatkan tempatnya di Chelsea.

Dia menjadi penjaga gol termahal dunia apabila Blues membayar £71.6 juta (RM397.74 juta) bagi mendapatkan penjaga gol Sepanyol itu dari Athletic Bilbao pada 2018.

Namun hanya empat minggu lalu, Kepa, 25, disingkirkan daripada kesebelasan utama pada final Piala FA dan Liga Juara-Juara berdepan Bayern Munich menyebabkan dia bimbang tidak dapat beraksi bersama Chelsea sekali lagi.

Ia adalah kemuncak tempoh yang sukar sepanjang kariernya dalam usaha untuk meyakinkan pengurus, Frank Lampard terus mempercayainya.

Bagaimanapun dia sudah memperbaiki hubungan itu dan kagum dengan langkah memperkukuhkan benteng pertahanan dilakukan kelab baru-baru ini.

Chelsea membelanjakan lebih £136 juta (RM755.49 juta) musim panas ini, membawa masuk antaranya pertahanan kiri Ben Chilwell dan pertahanan tengah, Thiago Silva.

Kepa kini yakin pilihan yang ada ialah terus keksl berbanding cuba keluar dari Stamford Bridge. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )