Keputusan Kedah ambil kira kepentingan rakyat – Mohd Azizuddin

Keputusan Kedah ambil kira kepentingan rakyat – Mohd Azizuddin

KUALA LUMPUR,. Keputusan Kedah untuk terus kekal di bawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir melibatkan kerajaan negeri yang berstatus Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jelas mencerminkan kepentingan rakyat.

Penganalisis politik Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan itu diambil bagi tujuan menstabilkan tadbir urus kerajaan negeri, selain meneruskan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
“Ini mencerminkan sikap sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memikirkan kepentingan rakyat berbanding politik.

“Apa yang difikirkan mereka ialah, kerajaan sedia ada perlu diteruskan. Dan yang menariknya ialah, masih ada bibit kerjasama antara mereka di Kedah, meskipun PH dan Bersatu telah berpecah di peringkat nasional,” katanya ketika dihubungi menerusi Buletin Khas AWANI pada Khamis.
Pensyarah Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata demikian mengulas kenyataan Mukhriz pada Khamis bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah kekal dengan kerajaan pimpinan PH dan Bersatu.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, langkah yang diambil Kerajaan Negeri Kedah perlu dicontohi kerana mempamerkan kematangan dalam berpolitik.

“Apa yang difikir kerajaan (Kedah) ialah, perlu berjalan seperti biasa, dan selagi ada kerajaan, perlu teruskan, sehingga struktur kerajaan baharu (Persekutuan) dibentuk,” ujarnya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )