Keputusan kedudukan pasukan kedua dan kelima tidak diambil kira – AFC

Keputusan kedudukan pasukan kedua dan kelima tidak diambil kira – AFC

KUALA LUMPUR,. Penarikan diri Korea Utara dalam kumpulan H pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermakna semua keputusan pasukan tempat kedua hingga keempat dalam kumpulan A hingga G dengan pasukan tercorot setiap kumpulan tidak sah dan terbatal.

Ini bermakna jika Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua dalam Kumpulan G dan Indonesia di kedudukan tercorot, maka dua kemenangan skuad Harimau Malaya sebelum ini dengan Indonesia tidak bermakna apabila menentukan pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Asia dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam berkata semua keputusan perlawanan pasukan Kumpulan H dengan Korea Utara sebelum ini tidak akan dikira atau dibatalkan.

Juara setiap daripada lapan kumpulan dan empat pasukan naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

“Akibatnya, selepas semua perlawanan pada pusingan kelayakan Piala Asia, keputusan perlawanan antara pasukan di tempat kedua dan kelima dalam Kumpulan A hingga G tidak diambil kira bagi memastikan penentuan seimbang berbanding kesemua naib juara kumpulan.

“Oleh itu mengurangkan sebarang kemungkinan keseimbangan antara tujuh kumpulan kelayakan yang disebabkan pengurangan penyertaan hanya empat pasukan dalam Kumpulan H, maka mekanisme baharu ini diguna pakai untuk memilih empat pasukan naib juara terbaik,” menurut kenyataan AFC pada Khamis.

Selepas selesai perlawanan kumpulan, kedudukan akan berdasarkan jumlah mata tertinggi, perbezaan gol, jaringan, sistem mata ‘fair play’ (mengikut jumlah kad kuning dan merah) dan akhirnya melalui cabutan undi.

Menurut AFC, kempen kelayakan akan bersambung esok dengan 57 perlawanan diadakan dalam tempoh 19 hari dan berakhir 15 Jun.
Selepas lima perlawanan, Malaysia kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan G dengan sembilan mata, dua mata di bekalang Vietnam diikuti Thailand (8 mata), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) (6 mata dengan baki satu perlawanan) dan Indonesia tanpa sebarang mata.

Enam daripada sembilan mata diperoleh oleh anak didik Tan Cheng Hoe adalah hasil dua kemenangan terhadap Indonesia (3-2 dan 2-0) serta kemenangan 2-1 dengan Thailand.

Misi Malaysia seterusnya di Dubai dengan berdepan UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)