Kerajaan ‘caretaker’ bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam

Kerajaan ‘caretaker’ bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam

KUALA LUMPUR : Kerajaan caretaker akan bersidang seperti biasa untuk membentangkan mini Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2023, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Beliau berkata, kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

“Kita akan bersidang (Dewan Rakyat) dan RUU untuk bajet akan dibentangkan bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya menyentuh pembayaran gaji penjawat awam.

“Itu (mini bajet) mesti dibentang sebelum Disember sebab untuk gaji Januari kena bayar untuk gaji penjawat awam. Jadi, itu mesti dibuat sebelum 31 Disember,” katanya ketika ditemui di sebuah kedai makan di Sunway Putra di sini, pada Selasa.

Justeru, Ismail Sabri berkata, rakyat tidak perlu bimbang, kerana kerajaan sementara masih boleh berfungsi untuk mengurus tadbir negara. “Jadi rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang tiada kerajaan. Kerajaan lama masih kekal tetapi sebagai kerajaan sementara.. caretaker.

“Malah Kabinet yang lepas masih berfungsi sebagai Kabinet, kecuali mereka yang tidak bertanding atau kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU). Jadi mereka tiada dalam Dewan Rakyat. “Mereka tidak boleh menjawat jawatan menteri seperti dulu,” tambahnya lagi.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)