Kerajaan Perkukuh Pemantauan Bekalan Telur Sempena Penamatan Subsidi Secara Bertahap

Kerajaan Perkukuh Pemantauan Bekalan Telur Sempena Penamatan Subsidi Secara Bertahap

PUTRAJAYA, 1 Mei – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan dan harga telur ayam akan terus dipantau secara ketat berikutan pelaksanaan penamatan subsidi secara berperingkat yang bermula esok.

Jurucakap Kerajaan Madani, merangkap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa kawalan bersama akan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan kestabilan pasaran dan kelangsungan bekalan.

“Langkah ini penting untuk menjamin pengguna tidak terbeban dan memastikan tiada gangguan kepada bekalan asas makanan rakyat,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )