Kerajaan umum BPN 2.0 bantu golongan B40, M40

Kerajaan umum BPN 2.0 bantu golongan B40, M40

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Perdana Menteri berkata tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baharu.

Perkara itu diumum Muhyiddin dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung hari ini. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )