Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan – Armizan

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan – Armizan

PUTRAJAYA: Usaha parti Warisan dan UMNO Sabah berkemungkinan untuk bergabung bagi menentang GRS pada pilihan raya negeri akan datang tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran Putrajaya.
Menurut Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, pimpinan parti-parti itu seharusnya memahami bagaimana tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan yang ada pada hari ini.

Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

“Tidak ada masalah, sebab bagi saya kita kena ingat, saya fikir mereka mengetahui bahawa kebersamaan kita dalam kerajaan. “Menandatangani MoU persefahaman yang ditandatangani parti-parti terlibat itu membentuk dan memastikan kestabilan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ada.

“Saya fikir perkara tersebut (kerjasama UMNO-Warisan) perlu dibawa ke peringkat negeri…itu kita bincang kemudian bila tiba masanya. “Komitmen sekarang kita memastikan kestabilan kerajaan di peringkat Persekutuan, saya fikir semua terlibat beri komitmen dan sekarang kedudukan kita jauh mencukupi kerusi untuk kekal stabil,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival Barangan Malaysia, pada Khamis.

Beliau ditanya mengenai jangkaan parti Warisan yang mahu bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun depan. Menurut laporan, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberi gambaran hari ini parti pimpinannya itu berkemungkinan akan mengadakan kerjasama dengan UMNO Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)