Kes baharu turun kepada 4,854 kes -KKM

KUALA LUMPUR,. Jumlah kes harian COVID-19 hari ini terus menurun kepada 4,854 kes berbanding 5,859 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya jumlah kumulatifnya di negara ini sudah mencecah 2,586,601 kes.

Beliau berkata daripada jumlah kes harian itu sebanyak 98.2 peratus atau 4,768 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 86 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,525 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih daripada jangkitan kini berjumlah 2,487,809, manakala tiga kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 235.

“Sebanyak 541 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 267 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan harian COVID-19.

Beliau turut memaklumkan nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini adalah 1.01, dengan Putrajaya mencapai Rt tertinggi iaitu 1.17 diikuti Labuan (1.16) dan Kuala Lumpur, Kelantan serta Selangor masing-masing 1.08.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini selepas tengah malam setiap hari.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )