Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu

Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu

MELAKA,. Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu bernilai RM49,900 tahun lepas.

Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka yang menahan kedua-dua lelaki berumur 42 dan 41 tahun itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan pada petang semalam.

Kedua-dua suspek dikatakan bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program yang diadakan di sekitar Melaka sedangkan pembekalan terbabit tidak pernah dilaksanakan pada tahun lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)