Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat – Lukanisman

Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat – Lukanisman

KANGAR,. Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Menurut beliau, inisiatif tersebut dapat mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan isu rakyat selain dilihat sebagai usaha yang berupaya menoktahkan kemiskinan di negeri ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini, pada Jumaat.

Lukanisman berkata beliau juga tertarik dengan inisiatif yang dilaksanakan MAIPs dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam menyediakan saringan kesihatan percuma kepada golongan asnaf menerusi program itu.

Sementara itu, pada program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan berupa bantuan tunai, kit MAIPs Peduli, beras dan kipas angin kepada tiga asnaf terpilih.

Baginda turut meluangkan masa melawat ke Lembah Saerah Resort di Kampung Binjal, Utan Aji yang merupakan satu lokasi tumpuan pelancongan baharu di negeri ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)