Ketua Wanita UMNO Kota Melaka mohon Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Kembali menerajui wanita

Ketua Wanita UMNO Kota Melaka mohon Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Kembali menerajui wanita

Ketua Wanita UMNO Kota Melaka , Datuk Haryaty Hamdzah berkaitan kepimpinan wanita UMNO Malaysia bagi penggal 2023-2025. Pemilihan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan bermula pada 1 – 26 Februari. Manakala, peringkat Bahagian dan pusat pada 11 Mac 2023 untuk wanita dan sayap-sayap , manakala UMNO Bahagian pada 18 Mac 2023.

Sebagai tulang belakang parti, wanita banyak berperanan dalam menjaga akar umbi dan menjadi petugas utama melalui “Jalinan Rakyat” dalam setiap kali pilihanraya. Wanita berkhidmat untuk parti dengan gigih biarpun representasi wanita sebagai pembuat dasar masih rendah sejak sekian lama.

Isu-isu wanita tidak pernah kurang, sebaliknya meningkat sejak pandemik Covid 19 melanda. Wanita memerlukan kepimpinan yang berkesan untuk memimpin dalam dunia yang semakin mencabar ini.
Sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian , saya bersama 147 ketua wanita bahagian-bahagian seluruh negara telah berjumpa Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara bersemuka. Sebahagian besar kami telah membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta kembali Ybhga Tan Sri Shahrizat Jalil untuk kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.

Secara pribadi, saya tidak pernah berada dibawah kepimpinan beliau semasa beliau memimpin wanita UMNO , namun reputasi dan legasi semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan. Beliau sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita diluar sana.

Selaku kepimpinan wanita awal 40an, saya perlu mendapatkan sentuhan kepimpinan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bagi membimbing dan menyediakan barisan pelapis yang berkaliber untuk parti dan seterusnya menjuarai isu-isu wanita dengan membawa suara wanita Malaysia khasnya. Banyak yang boleh dipelajari melalui pengalaman dan ilmu yang ada pada pemimpin wanita hebat ini.

Usul Wanita UMNO Malaysia yang dibawa semasa persidangan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2022 baru-baru ini, mencadangkan agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan sama sepertimana cadangan untuk Presiden dan Timbalan Presiden telah mendapat penolakan dari perwakilan. Usul ini kemudian dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia untuk diluluskan, namun ia tidak mendapat sebarang kelulusan.

Kegagalan usul ini membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baru. Biarpun terdapat cubaan mengekalkan kepimpinan sedia ada tanpa pertandingan, namun ia tidak berjaya. Melalui proses demokrasi nanti akan menyaksikan samada Tan Sri Shahrizat Abd Jalil sebenarnya dirindui dan didambakan untuk memimpin wanita. Beliau seperti mutiara yang telah lama tersimpan dan akan kembali menyinar bagi membawa kegemilangan wanita semula.

Datuk Haryaty Hamdzah
Ketua Wanita UMNO Kota Melaka

-DG

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)