Khianati negara: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati

Khianati negara: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati

ISLAMABAD,. Mahkamah Anti Keganasan Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden dan pemimpin tentera Pakistan, Pervez Musharraf atas tuduhan mengkhianat dan mencemarkan perlembagaan negara itu.

Menurut satu kenyataan oleh pegawai kerajaan, Salman Nadeem, Pervez didapati bersalah dibawah Perkara 6 kerana melanggar perlembagaan Pakistan.

Pervez merampas kuasa pada 1999 dan sejak itu memerintah sebagai Presiden Pakistan.

Pendakwaan tercetus dari tindakan Pervez yang mengenakan undang-undang darurat pada tahun 2007, sewaktu beliau diberikan tekanan oleh pihak pembangkang yang ketika itu menentang pemerintahannya.

Di bawah undang-undang darurat, semua hak asasi awam dan proses demokrasi digantung bermula dari November 2007 sehingga Februari 2008.

Pervez meletakkan jawatan pada 2008, selepas parti pimpinannya kalah teruk dalam pilihan raya umum.
Sejak itu beliau meninggalkan Pakistan dan tinggal di luar negara.

Bulan lalu satu petikan video memaparkan Pervez bercakap dari katil sebuah hospital di Dubai tersebar.

Beliau mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang adil di dalam kes itu.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )