KKM iktiraf peranan media sebagai barisan hadapan dalam perangi COVID-19

KKM iktiraf peranan media sebagai barisan hadapan dalam perangi COVID-19

KUALA LUMPUR,. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengiktiraf dan menghargai media sebagai barisan hadapan yang sama-sama berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata selain menyampaikan dasar dan polisi kerajaan, peranan media amat penting terutamanya dalam menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat serta bertindak sebagai agensi yang membetulkan persepsi masyarakat.

“Saya dan KKM berpendapat media juga adalah barisan hadapan, mereka (media) juga tempuh risiko, mereka juga lalui keperitan dan kesusahan. Justeru, saya dan KKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas usaha komitmen, kesungguhan, kesabaran ketabahan media.

Nama baik KKM, barisan hadapan agensi-agensi kementerian terlibat, nama baik negara kita dibawa oleh rakan media…hari ini dunia mengiktiraf kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Ramah Mesra Media di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 120 pengamal media daripada pelbagai agensi berita.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam membendung COVID-19 adalah usaha pelbagai pihak yang memainkan peranan masing-masing.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)