KKM nafi keluar surat kebenaran pengedaran vaksin

KKM nafi keluar surat kebenaran pengedaran vaksin

KUALA LUMPUR,. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk ‘Mestron edar vaksin COVID-19 dari China’ bertarikh 29 Jan lepas.

KKM turut menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan atau surat kebenaran kepada swasta atau pihak lain untuk membeli atau mengedar vaksin COVID-19 di Malaysia.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 6.30 petang ini.

KKM menjelaskan setakat ini, hanya kementerian itu yang diberi peruntukan kuasa untuk mengurus akses dan membeli vaksin COVID-19.

Katanya ia selaras dengan tugas KKM menguatkuasakan hal ehwal perubatan menerusi agensi kementerian tersebut iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Penyakit Tidak Berjangkit yang juga dikenali sebagai Bahagian Kawalan Penyakit (NCD).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )