KKMM: ambil serius isu gangguan seksual – Annuar Musa

KUALA LUMPUR,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air dan menyifatkan ia bukan isu remeh.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa, berkata malah isu tersebut merupakan kesalahan jenayah.

“Isu ini tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gemblengan tenaga setiap pihak, baik media mahupun pihak berkuasa dan mereka yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini yang dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan.

Annuar berkata laporan akhbar berkenaan pandangannya berkenaan gangguan seksual itu telah disalah tafsir dan tidak mencerminkan pendirian beliau.

“Saya menerima mesej Whatsapp daripada seorang wartawan (akhbar tersebut) untuk menemu duga saya.

“Beliau mencadangkan tajuk gangguan seksual dalam industri seni tanah air tetapi saya mencadangkan agar temu bual itu membincangkan fokus utama saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara,” katanya yang telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )