Kolam Air Masin Untuk Rehat Yang Berkualiti Di Malaysia
Nikmati 2021 dengan kolam renang air masin yang
menarik dan menyihatkan yang terdapat di Lembah Klang
Napoleon Hill pernah berkata bahawa, “Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan hebat, lakukan perkara-perkara kecil dengan cara yang hebat.” Memandangkan PKP 2.0 sudah ditamatkan dan suntikan vaksin sedang dijalankan, kita semua berharap dan tidak sabar menunggu untuk melancong ke mana sahaja kita inginkan, ataupun hanya sekadar percutian yang singkat untuk melegakan ‘cabin fever’! Walaupun kita tidak dapat melancong ke luar negara, kita masih boleh menggunakan peluang yang ada untuk melancong di dalam negara apabila perjalanan rentas negeri dibenarkan!
Sama ada hotel, tempat peranginan ataupun resort, staycation adalah yang anda perlukan untuk rehat dan cas semula diri anda dengan me-time, terutamanya apabila ia melibatkan kolam renang.
Buat masa sekarang, kita tidak dapat melancong ke pantai yang eksotik, tetapi kita masih dikurniakan cuaca tropika yang membolehkan kita untuk berada di tepi kolam renang sepanjang masa, untuk memberikan kita ketenangan. Ini semua nampak menarik, tetapi kebanyakan orang yang gemar ke kolam renang tidak menyedari bahawa tablet klorin dari kolam renang mempunyai kesan terhadap tubuh manusia, terutamanya pada rambut, mata dan kulit – oleh sebab itu, kolam air masin mempunyai ciri-ciri tarikannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan kolam tradisional yang menggunakan tablet klorin.
Memandangkan klorin merupakan sanitiser yang diluluskan di peringkat global apabila dikaitkan dengan kolam renang, kerana klorin diperlukan untuk memperakui kolam tersebut sebagai selamat untuk kegunaan manusia. Kolam air masin agak serupa dengan kolam renang biasa di mana kolam air masin juga menghasilkan klorin; namun, klorin ini dihasilkan oleh garam itu sendiri yang menjadikannya lebih semula jadi berbanding dengan kolam renang biasa, yang menggunakan tablet klorin. Untuk memastikan bahawa ia adalah kolam air masin berklorin semula jadi, klorinator garam digunakan untuk menukar garam kepada gas klorin yang kemudiannya akan larut ke dalam air dan menjadi klorin. Dengan adanya klorin yang 100% semula jadi, kolam air masin dapat memberi kesan yang lebih lembut kepada kulit, mata dan rambut kita (yay!) dan kini, ia juga sudah menjadi trend bagi mereka yang mempunyai asma untuk pernafasan yang sihat dan juga alahan, kerana air garam memberi kesan yang lebih lembut kepada kulit dan tubuh badan.
Oleh kerana manfaat yang terdapat padanya, beberapa hotel, resort dan juga pemilik rumah lebih gemar memilih kolam air masin daripada kolam yang menggunakan tablet klorin kerana faktor mesra kulit dan keupayaan semula jadinya untuk membantu melegakan badan mereka semasa di dalam kolam. Fun Fact: jenis garam yang digunakan untuk kolam ini adalah penting untuk menjaga keseimbangan air dan mengekalkan kebersihan dengan sifat-sifat yang menyamankan kulit anda! Sebagai contoh, Kristal Mineral adalah sejenis garam Magnesium yang bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti air kolam dengan campuran mineral yang berlaku secara semula jadi, tetapi ia juga melembapkan kulit anda apabila anda berada di dalam kolam.
Di samping menikmati penginapan anda, untuk mendapatkan manfaat tersebut berikut adalah beberapa pilihan kolam renang air masin yang terletak di sekitar Lembah Klang untuk anda lawati!
1. Four Seasons Hotel – Kuala Lumpur
Jika anda menetap di kawasan bandar dan memerlukan percutian yang cepat dan mewah, Hotel Four Seasons ini pilihan terdekat bagi anda – tempat penginapan yang berada di tengah Kuala Lumpur ini adalah yang anda perlukan untuk mengubati jiwa anda. Terletak di Jalan Ampang, hotel mewah ini mempunyai salah satu kolam air masin yang paling menarik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan – menjadikannya tempat yang sesuai untuk Instagram dan sesi istirahat yang aman. Dengan kolam air masin seperti di sini, stress anda akan hilang dengan serta-merta, hilangkan diri anda dari kesibukan bandar dan biarkan kolam air masin menyembuhkan anda secara semulajadi – istirahat yang tepat pada masanya!
Selepas menikmati semua kebaikan semula jadi, biarkan mata anda pula untuk menikmati cahaya semulajadi dan matahari yang terbenam, ini akan memberikan kesan yang zenful kepada hari anda!
2. The Gardens Hotel – A St Giles Signature Hotel, Kuala Lumpur
Jika me-time yang anda bayangkan bermula dengan membeli-belah di kedai berjenama kegemaran anda, menikmati masakan mewah kegemaran anda pada waktu lapang anda sendiri dan berakhir dengan berenang santai di kolam renang, penginapan di The Gardens Hotel adalah yang anda perlukan! Terletak betul-betul di tengah-tengah Midvalley City, The Gardens Hotel adalah tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin berehat untuk lakukan semua aktiviti kegemaran mereka tanpa perlu bimbang tentang tempat letak kereta, kerana hotel ini berada di dalam pusat membeli-belah itu sendiri!
Setelah puas membeli-belah dan makan, menyelam ke dalam kolam adalah perkara yang paling sesuai untuk menyamankan badan dan merehatkan kaki selepas penat berjalan. Selain daripada kolam air masin yang terdapat di hotel ini (jika anda sensitif terhadap bau klorin, jangan risau!) anda juga tidak perlu bimbang tentang kanak-kanak yang mengganggu rehat anda, kerana The Gardens Hotel mempunyai kolam renang dewasa dan kolam renang kanak-kanak. Tambahan pula, kolam renang di hotel ini juga bersaiz infiniti, maksudnya, anda tidak perlu bimbang jika anda berenang terlalu dekat dengan orang lain. Jika anda mahu, anda juga boleh berenang beberapa pusingan sebelum keluar.
3. Concorde Hotel Kuala Lumpur – Kuala Lumpur
Benar bahawa kanak-kanak memang suka kolam! Walau bagaimanapun, sukar untuk meninggalkan mereka sendirian di dalamnya kerana terdapat pelbagai risiko yang boleh terjadi: mereka mungkin secara tidak sengaja menelan bahan klorin, gogal mereka mungkin hilang semasa berenang dan menyebabkan mata mereka menjadi merah, atau tersekat di bahagian yang dalam! Sebagai ibu bapa, secara semulajadi anda akan sentiasa berfikir tentang mereka, dan menyebabkan anda tidak dapat menikmati diri anda ketika berada di kolam renang.
Hotel yang menakjubkan ini berada di Jalan Sultan Ismail yang mempunyai kolam dewasa dengan kedalaman 1.2m dan 0.6m pada kolam kanak-kanak akan menjadi percutian yang terbaik untuk keluarga anda! Seperti kolam air masin yang lain, fikiran anda akan menjadi lebih tenang mengetahui anak-anak anda tidak akan menyakiti mata mereka di dalam air atau mempunyai tindak balas yang teruk terhadap bahan kimia pada kulit mereka. Di samping itu, anak-anak anda juga dapat berseronok kerana kolam kanak-kanak tersebut mempunyai lapan jet air untuk anak-anak memaksimumkan imaginasi mereka.
Sementara anak-anak anda sedang berseronok dan bergembira, ini adalah masa yang sesuai untuk ibu bapa bersantai di kolam renang dewasa dan menikmati masa mereka bersama. Sekiranya anak-anak anda lapar selepas habis bermain, mereka boleh menjamu selera di bar tepi kolam renang sambil anda perhatikan mereka dari jarak yang selesa di dalam kolam renang.
Sama ada ia adalah masa untuk berseronok bersama keluarga ataupun untuk bersendirian, ini hanyalah beberapa pilihan kolam air masin yang boleh anda terokai di Lembah Klang. Walaupun PKP telah ditarik balik dan kolam renang dibenarkan beroperasi semula, namun, masih ramai teragak-agak sama ada selamat atau bersih mandi di kolam renang. Oleh itu, kebanyakan hotel dan kolam renang di resort sangat prihatin terhadap keselamatan tetamu mereka – dengan memastikan ia diselenggara dengan baik dan mematuhi SOP sebelum membenarkan tetamu untuk masuk ke dalam kolam renang, di samping mengguna pakai produk dari sumber yang terbukti berfungsi untuk menapis dan membersihkan air.
Sebagai contoh, kebanyakan hotel yang disebutkan di atas sebenarnya sudah memasang sistem penapisan dan sanitasi jimat-tenaga oleh Waterco Malaysia, yang merupakan syarikat alam sekitar solusi sehenti terkemuka untuk menjaga kualiti air yang sihat dan selamat dan satu-satunya syarikat penapisan yang mempunyai Sijil Penjagaan Iklim. Penapis dan sistem sanitasi ini adalah penting untuk mengekalkan kebersihan air, sambil mengimbangi tahap pH, garam dan klorin untuk memastikan kolam itu bersih dan selamat semasa anda berenang.
Dengan pilihan kolam renang air masin di Lembah Klang yang sesuai untuk percutian anda, tiada lagi alasan untuk anda tidak menempah salah satu daripada hotel ini hanya untuk berendam santai di dalamnya selepas seharian bekerja keras!
-DG