Konsert Apo Nak Dikato  Blues Gang Di Zepp Kuala Lumpur

Konsert Apo Nak Dikato Blues Gang Di Zepp Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR,. Peluang bekerjasama dengan band legenda Blues Gang, Zool Azri dan Shamsul Effendi
senada mengakui, ibarat pucuk dicita ulam mendatang selepas sekian lama menyimpan kekaguman terhadap seniman seperti kumpulan Blues Gang yang banyak menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa terutama Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di Malaysia serta peminat dari negara jiran serantau terutama Singapura, Brunei serta Indonesia.

Konsert “Ini julung-julung kalinya juga Blues Gang muncul solo pada skala sebegini, di pentas
berprestij seperti Zepp Kuala Lumpur. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melakar momen indah bersama Blues Gang pada konsert Blues Gang Apo Nak Dikato,” tambah mereka lagi.

Sidang Media 4hb Jun..

Selain persembahan istimewa, pelbagai hadiah serta cenderahati esklusif akan dihadiahkan
kepada penonton yang bertuah pada konsert itu nanti.

Peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket konsert Blues Gang Apo Nak Di Kato di laman
web ilassotickets.com mulai sekarang sehingga ke tarikah konsert. Peminat juga boleh
memilih membeli secara bayaran ansuran sebanyak 3 tiga kali di laman web itu nanti
menggunakan apikasi Atome.

Sebagai penghargaan juga, pengajur bermurah hati memberi diskaun 15% bagi pembelian
tiket Platinum dan Diamond bermula 5hb Jun hingga 15hb Jun ini. Kepada semua peminat disaran untuk merebut peluang ini semasa tempoh diskaun berlangsung.


Bagi menjamin keselesaan semua peminat yang hadir, kesemua kategori tiket adalah duduk
dan bernombor.

Bagi peminat yang pertama kali hadir ke Zepp KL, venue ini menyediakan kemudahan lengkap seperti tandas, surau, kaunter makanan ringan serta ruang merokok di bahagian luar dewan konsert.

Bagaimanapun, makanan serta minuman adalah dilarang dibawa masuk ke dalam dewan konsert.Zool Azri berkata, sesuai dengan cerminan perjuangan Blues Gang sehingga hari ini terus dikagumi kerana keutuhan identiti yang dibawa selama 50 tahun ini, satu segmen khas Melayu akan diselitkan pada malam berkenaan.

“Selain puluhan hits Blues Gang seawal 70an, segmen khas Melayu pula akan menyaksikan bagaimana alunan blues dan rock menyatu dengan Dikir Barat, serunai melayu, gendang serta beberapa muzik tradisi melayu yang menjadi teras muzik melayu Malaysia sejak zaman berzaman.” Beberapa pemuzik serta penyanyi undangan juga akan turut serta dalam sesi jamming bersama Blues Gang sebagai tanda sokongan dan persembahan istemewa untuk
peminat.

Shamsul Effendi pula berkata “Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato tidak lain adalah sebagai penghormatan kepada band legenda Blues Gang yang masih utuh dengan perjuangan, memikat penggemar daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat, tanpa mengira peringkat umur.”

Tiket berharga RM198 (Silver), RM268 (Gold), RM398 (Platinum) dan RM338 (Diamond),
selain RM5,099 (Royal Box – ruang eklusif boleh memuatkan 8-10 pax) yang boleh didapati
dengan melayari laman web tiket online http://ilassotickets.com atau hubungi hotline +60
11-1329 7822.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)