Kontrak hadapan KLCI rendah pada dagangan awal

Kontrak hadapan KLCI rendah pada dagangan awal

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka rendah pagi ini dengan hanya empat bulan kontrak didagangkan.

Pada 9.20 pagi ini, kontrak November 2019 dan Mac 2020 masing-masing susut tiga mata kepada 1,608 dan 1,606 manakala Disember 2019 dan Jun 2020 masing-masing turun 2.5 mata kepada 1,609.5 dan 1,605.

Jumlah dagangan sebanyak 782 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 28,735 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 2.6 mata kepada 1,607.13 selepas 41 minit dagangan dijalankan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)