Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka rendah

Kontrak niaga hadapan KLCI dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini, kerana pelabur mengambil petunjuk dari pasaran tunai yang lemah.

Pada 9.39 pagi, April 2020 turun 7.0 mata kepada 1,401.50; Mei 2020 susut 8.5 mata kepada 1,396.50; Jun 2020 merosot 13 mata kepada 1,385 manakala September 2020 kurang 6.5 mata kepada 1,383.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,719 lot manakala kepentingan terbuka pada 28,737 kontrak.

Petunjuk pasaran, FBM KLCI turun 10.90 mata kepada 1,402.22 selepas 39 minit dagangan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)