Korea siap siaga hadapi Taufan Lingling

Korea siap siaga hadapi Taufan Lingling

SEOUL, 7 Sept — Korea Selatan bersiap siaga ekoran Taufan Lingling diramal membadai pada Sabtu disusuli hujan lebat serta angin kencang, lapor agensi berita Yonhap.

Satu siri amaran dikeluarkan di seluruh negara berikutan taufan ke-13 tahun ini bakal menghampiri Semenanjung Korea pada kelajuan maksimum 39 meter sesaat atau 140 kilometer sejam, menurut Persatuan Meteorologi Korea.

Taufan itu diramal terus bergerak ke utara pada tengah hari. “Rekod kekuatan angin dijangka dicatatkan di pulau-pulau, dan kawasan pantai selatan dan barat,” kata agensi cuaca itu.

Kerajaan pusat dan perbandaran telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan kerosakan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )