Koronavirus: Perlumbaan GP Shanghai April ini mungkin ditunda

Koronavirus: Perlumbaan GP Shanghai April ini mungkin ditunda

SHANGHAI,. Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Shanghai berdepan risiko susulan penularan wabak novel koronavirus yang melanda negara itu sejak Disember lalu.

Penganjur perlumbaan kini masih meneliti keadaan semasa sebelum satu keputusan bakal diumumkan oleh Persatuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan GP Shanghai.

GP Shanghai dijadualkan berlangsung pada 19 April.

“Mungkin perlumbaan ini tidak akan berlangsung pada bulan April, ia akan ditunda. Kami akan melihat peluang dan ruang sama ada perlumbaan ini sesuai untuk diadakan pada hujung tahun.
“China merupakan sebuah negara yang membangun dengan pasaran yang hebat, jadi kami memang mahu mengadakan perlumbaan di China,” kata Pengarah Urusan F1, Ross Brawn kepada motorsport.com.

Dalam pada itu, jika perlumbaan GP Shanghai dibatalkan, ia sekali gus menandakan terdapat empat minggu cuti dalam pertengahan kalendar F1.
GP Vietnam yang julung kalinya diadakan bakal berlangsung pada awal April tanpa GP Shanghai.

Tiada perlumbaan lain selepas itu sebelum GP Belanda yang dijadualkan pada awak bulan Mei.

Perlumbaan F1 di China diadakan di Litar Antarabangsa Shanghai sejak 2004.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)