KPDN Kelantan Kawal Agihan Minyak Masak Bersubsidi Melalui Program KOS

KPDN Kelantan Kawal Agihan Minyak Masak Bersubsidi Melalui Program KOS

KOTA BHARU – Bagi memastikan bekalan minyak masak paket bersubsidi sampai kepada pengguna yang benar-benar memerlukan, KPDN Kelantan telah melaksanakan Program Kawalan Operasi Stok (KOS) sejak awal April.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, melalui program ini, pihaknya dapat meneliti proses pengeluaran hingga ke pengedaran di peringkat peruncit, termasuk pasar raya yang beroperasi setiap hari.

“Langkah ini bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan dan semua kuota diagihkan dengan telus,” katanya.

KPDN turut merancang memperluas agihan melalui Program Rahmah dengan sasaran 180 program setiap bulan, menyediakan sehingga 1,000kg minyak masak subsidi bagi setiap lokasi.

Azman turut mengingatkan peniaga supaya tidak menyimpan stok melebihi 10kg tanpa permit kerana tindakan boleh diambil mengikut peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )