
KPDN Perak merampas minyak masak bersubsidi yang disimpan di dalam tong sampah.
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah merampas lebih kurang 13kg minyak masak peket yang bernilai sekitar RM32. 50 dari sebuah kedai runcit. Kedai tersebut didapati cuba sembunyikan barang yang disubsidi itu.
Pengarah Datuk Kamalludin Ismail mengatakan bahawa taktik tersebut diketahui setelah pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan melakukan pemeriksaan dan uji beli dalam Ops Samar, sekitar pukul 11 pagi semalam.
Beliau berkata jurujual di kaunter memberitahu bahawa minyak masak 1 kilogram (kg) telah habis semasa dia cuba membelinya. Kemudian, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform masuk ke dalam kedai untuk membuat pemeriksaan.
“Semasa pemeriksaan di ruang dan rak jualan, didapati tiada minyak masak peket yang ada. Namun, pemeriksaan lanjut di stor premis menemukan minyak masak peket 1kg yang dianggarkan sebanyak 13kg disimpan dalam sebuah tong sampah,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Kamalludin berkata selepas penemuan itu, penyelia tempat tersebut telah diberikan arahan untuk mengisytiharkan stok mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961, dan minyak masak tersebut telah dirampas di bawah akta yang sama.
-gerbangpost.com