
KPDN Tawar Sukarelawan & Makanan Untuk Penyelamat
Kuala Lumpur, 16 Disember 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali.
“Bantuan diberikan serta-merta bagi membantu kelancaran operasi pasukan penyelamat mencari dan menyelamat mangsa yang masih belum ditemui,” Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata kepada pemberita selepas Sidang Media Perlancaran Ops Terjah tengahari ini.
Menurut maklumat terkini dari Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan setakat jam 1.24 petang:
Jumlah mangsa: 94 orang
Jumlah selamat: 61 orang
Jumlah meninggal: 16 orang
Jumlah belum dijumpai: 17 orang
Operasi menyelamat masih dijalankan. Insiden tanah runtuh berlaku di Batang Kali yang berlaku pada jam 2.00 pagi 16 Disember 2022 menggemparkan seluruh Malaysia hari ini.
Misi mencari dan menyelamat mangsa sekitar di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm masih berjalan dan semua tapak perkhemahan, kawasan rekreasi air di sekitar Batang Kali diarah tutup serta-merta sehingga diberitahu kelak, kata menteri dalam negeri seperti dilaporkan Bernama.
Sumber : MalaysiaKini