Kumpulan OKU gesa KPWKM kembalikan bayaran EPOKU

Kumpulan OKU gesa KPWKM kembalikan bayaran EPOKU

KUALA LUMPUR,. Pertubuhan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sekumpulan individu pada Sabtu menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar mengembalikan bayaran insentif Elaun Orang Kurang Upaya (EPOKU) yang diberikan dalam bentuk tunai wang tunai untuk mengurangkan beban golongan itu.

Dalam satu kenyataan yang disokong oleh 54 organisasi dan 118 individu, kumpulan itu melahirkan rasa kecewa dengan Projek Rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) secara tanpa Tunai (JKMPay) yang dilancarkan pada 9 April 2021 kerana ia telah mewujudkan kesukaran kepada komuniti OKU termasuk dari segi mobiliti, akses kepada kemudahan dan sokongan sosial sistem.

Menurutnya, sebelum ini EPOKU diberikan secara tunai atau dikreditkan terus ke dalam akaun penerima, namun kini menyaksikan penerima terlibat dalam program perintis JKMPay, diberikan bayaran tunai separuh daripada elaun manakala separuh lagi dikreditkan ke Kad Tanpa Tunai JMPay mereka.

Kumpulan itu berkata, senario ini telah menimbulkan kesukaran kepada khusunya kepada OKU di kawasan luar bandar kerana tidak ada atau tidak terdapat banyak kedai-kedai panel JKM yang berdaftar dengan Bank Islam sekali gus menyukarkan mereka untuk menggunakan bantuan kredit melalui JKMPay itu.

“OKU yang mengalami masalah pergerakan, pengguna kerusi roda dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri berdepan beban dan cabaran tambahan.

“Tambah membebankan ialah mereka yang bermasalah mobiliti dan berkerusi roda serta tidak mempunyai kenderaan.

“Pergerakan mereka terhad disebabkan sistem pengangkutan dan persekitaran yang tidak boleh dilalui sejak sekian lama, begitu juga kedai-kedai berdaftar yang belum tentu menyediakan kemudahan laluan mesra kepada OKU,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kumpulan itu menggesa KPWKM agar segera menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada pemimpin OKU untuk mengkaji dan menghapuskan diskriminasi dalam pelaksanaan JKMPay kerana sebarang keputusan perlu mengambil kira pandangan masyarakat sebagai pihak berkepentingan yang penting.

Menteri KPWKM Datuk Seri Rina Mohd Harun pada bulan lepas berkata projek perintis JKMPay yang dimulakan di Perlis, Kedah dan Melaka sebelum diperluaskan ke negeri lain, masih di peringkat kajian sebelum dilaksanakan di seluruh negara.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)