Kurang yakin, keliru SOP faktor peniaga pasar malam kurang – Exco N.Sembilan

Kurang yakin, keliru SOP faktor peniaga pasar malam kurang – Exco N.Sembilan

SEREMBAN,. Kurang keyakinan dan keliru mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menjadi antara faktor kurangnya peniaga pasar malam di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, selepas ia dibenarkan beroperasi bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata tinjauannya di dua pasar malam di Lukut, Port Dickson dan Seremban Jaya mendapati kurang daripada 30 peratus peniaga menjalankan aktiviti jualan mereka, malam ini.

“Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri mahu membantu peniaga kecil kita supaya mereka boleh memulakan perniagaan. Tidak perlu bimbang dan datang (berniaga), kita akan pastikan setiap peniaga mematuhi SOP,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak pasar malam Seremban Jaya di sini, yang turut dihadiri Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Zazali Salehudin.

Teo berkata pihaknya akan memastikan kesemua pasar pagi, pasar malam dan pasar terbuka mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

“Pengunjung pula diingatkan supaya mengamalkan jarakan sosial serta memastikan tidak membawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun bersama,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )