
KUSKOP Perluas Inisiatif Keusahawanan untuk Rakyat Sabah dan Sarawak
SANDAKAN – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkukuh ekosistem keusahawanan di Sabah dan Sarawak menerusi pelbagai program yang dirangka khusus mengikut keperluan tempatan.
Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick memaklumkan antara inisiatif yang diperkenalkan ialah Skim Geran Usahawan Bumiputera Sabah Sarawak, Skim Usahawan Tamu, projek premis tamu desa serta program latihan dan bimbingan khas keusahawanan.
“Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan ekonomi usahawan tempatan, malah merapatkan jurang perkhidmatan terutamanya di kawasan pedalaman,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UPKO Malaysia.
Bank Rakyat turut memperluaskan operasi bank bergeraknya ke kawasan yang sebelum ini tiada akses perbankan formal.