Laluan pergi dan balik feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan semasa PKP

KUALA LUMPUR,. Laluan pergi dan balik feri Langkawi ke Kuala Perlis dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berikutan larangan rentas negeri yang dikenakan kerajaan.

Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dalam satu kenyataan hari ini berkata, laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.

“Selain itu, laluan Feri Kuala Kedah ke Langkawi turut dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding tujuh perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.

“Laluan pergi dan balik Feri Lumut ke Pulau Pangkor pula dikurangkan kepada enam perjalanan berbanding 12 perjalanan sebelum pelaksanaan PKP,” menurut kenyataan itu mengenai perubahan pengoperasian dan jadual feri setakat 15 Jan.

Kenyataan itu turut memaklumkam pengurangan perjalanan pergi dan balik feri laluan Feri Marina Island ke Pulau Pangkor kepada tujuh perjalanan berbanding 13 perjalanan sebelum PKP.

“Bagi perjalanan pergi dan balik Feri Labuan ke Menumbok, dikurangkan kepada enam perjalanan berbanding lapan perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.

“Laluan Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam dihentikan dalam tempoh PKP ini,” kata kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan untuk melayari laman sesawang feri https://www.langkawiferryline.com/ bagi laluan pergi dan balik Kuala Kedah ke Langkawi.

Isnin lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan.

Enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )