Laluan sukar menanti JDT dalam aksi menentang kelab Korea Selatan – Mora

Laluan sukar menanti JDT dalam aksi menentang kelab Korea Selatan – Mora

ISKANDAR PUTERI: Perlawanan sukar menanti pasukan Harimau Selatan apabila bertemu kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai FC dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara Asia 2022 (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini esok.

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora berkata, anak-anak buahnya dijangka tidak berhadapan laluan mudah memandangkan perlawanan pertama Ulsan Hyundai menentang Juara Liga Jepun Kawasaki Frontale Jumaat lepas, mereka mempamerkan permainan dan barisan hadapan yang hebat.

“Jadi kami menjangkakan tahap permainan yang baik sudah tentu di padang ini (Stadium Sultan Ibrahim) akan memudahkan mereka yang sudah biasa bermain dalam padang yang berkualiti tinggi. Mereka sudah biasa dengan persekitaran yang baik dan sudah tentu Larkin (stadium) adalah sukar buat mereka kerana cuaca panas.

Mereka bermain pada pukul 5 petang, jadi rentak permainan agak perlahan tetapi sekarang saya fikir di sini mereka akan benar-benar menunjukkan kehebatan mereka dan ini mungkin amat mencabar buat kami,” katanya dalam sidang media pra perlawanan di stadium di sini hari ini.

Mora berkata ia akan menjadi perlawanan yang menarik kerana mereka akan berhadapan salah sebuah pasukan yang terbaik dalam kumpulan.

JDT, beliau berkata pemain tengah Ulsan Hyundai, Valeri Qazaishvili anatra pemain yang akan diberi perhatian kerana gaya serangannya yang hebat dan pergerakannya yang lincah.

“Strategi, pendekatan taktikal dan keadaan minda pemain hari ini merupakan perkara penting dan bukan apa yang berlaku sebelum ini. Kami akan tumpukan pada pasukan sendiri. Kami mempunyai taktik, ia sepatutnya menjadi perlawanan yang menarik,” kata jurulatih dari Mexico itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai Myungbo Hong berkata biarpun ini merupakan kali pertama mereka bermain di sebelah malam, mereka akan memberikan yang terbaik.

“Sejujurnya ini merupakan pengalaman pertama kami. Ia merupakan satu cabaran baharu dan kami akan cuba memberi yang terbaik hari ini dan esok,” katanya.

Pada masa ini, JDT yang kini mendahului Kumpulan I dengan tiga mata sementara Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale masing-masing dengan satu mata diikuti Guangzhou FC yang belum mengutip sebarang mata.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)